Hati masih tidak aman.. Bila mula tersenyum airmata tiba..
Tuhan kembalikan semangatku..
Kembalikan keyakinanku..
Bahawa bahagia itu masih ada untukku..
Hari berganti hari, luka semakin melukai..
Dan dengarlah engkau cerpen pendekku..
Suara hatiku ini................
"Kakiku sudah banyak tercucuk duri,
Langkahku sudah banyak terhenti,
Bahagia yang dicari belum kutemui..
Berapa lama harusku menanti..
Beriku merasa sebelum aku pergi..
Merasa senyum yang benar bererti.. "
- Bunga Ezora -
Tuesday, December 27, 2016
Thursday, December 22, 2016
2016 yang penuh cerita
Hai hai hai Assalammualaikum..
Oh chakkkk... Bunga ni macam chipsmore lah kan.. Hmmm.. Ada ni haaa masih memperbaiki hati yang masih luka. Cewahh ayat kemain. Gitchewwww... OK lah kan, Bunga pun slowly recover.. Masih dalam proses pemulihan lagi. Penerimaan abah meninggal tu betul-betul beri kesan yang mendalam terhadap kehidupan Bunga. Wuwuuuu.. Ku kutip keping-keping hati yang berterabur satu-persatu.. Akan ku cantumkan agar bisa menjadi satu bentuk yang sempurna kembali. Wuwuuuu lagi sekali.. Entah la Bunga ni nampak aje macam tak kisah tapi tu la dalam diam sikap memendam ni makan diri rupanya. Tak pandai la nak meluahkan perasaan ni. Kemon la Bunga semangat semangat.. Sakitnya rasa hati ni.. Mulut kata redha tapi hati masih tak dapat terima. Bisa sungguh..
Jadi sini Bunga nak bagitau, benarlah kata orang.. Orang yang banyak ketawa, dialah orang yang paling banyak bersedih dan berduka sebenarnya. Bunga selalu cuba untuk buat orang ketawa bila orang tengah bersedih.. Cuba sedaya upaya memberi pandangan dan kata-kata semangat, walaupun hakikatnya hati Bunga sendiri tengah berkecamuk.. Adakah ini di panggil kelemahan? Bila kita terlalu menjaga hati orang lain lebih dari hati kita sendiri.. Itulah Bunga.. Hoii apa sedih-sedih nih.. 2017 hampir menjelma la awek.. Takpe la kan maybe dengan meluah disini kurang sikit rasa bebanan di hati ni. Setiap manusia akan melalui fasa yang sama.. Fasa yang sangat pahit untuk di telan, fasa kehilangan yang tidak akan kembali. Trust me, sakit dia memang tak terungkap dengan kata-kata.
Jangan la kita sia-sia kan masa yang ada ni dengan mengabaikan ibu bapa.. Setiap saat sangat bermakna. Kalau dapat diputarkan kembali masa, adik nak peluk abah sepanjang masa...
Jangan menangis hati, hari kan berlalu pergi, air mata akan berhenti.. Aku tahu kau banyak sakit, sebab tu aku selalu ingatkan kau, semakin banyak ujian Allah terhadap seseorang hamba-Nya, bermakna makin kasihlah Dia terhadap hamba-Nya itu..
Abah, adik rindu..........

Subscribe to:
Posts (Atom)