Tuesday, December 27, 2016

Macam mana nak berblogging kalau..

Hati masih tidak aman.. Bila mula tersenyum airmata tiba..

Tuhan kembalikan semangatku..
Kembalikan keyakinanku..
Bahawa bahagia itu masih ada untukku..
Hari berganti hari, luka semakin melukai..
Dan dengarlah engkau cerpen pendekku..
Suara hatiku ini................

"Kakiku sudah banyak tercucuk duri,
Langkahku sudah banyak terhenti,
Bahagia yang dicari belum kutemui..
Berapa lama harusku menanti..
Beriku merasa sebelum aku pergi..
Merasa senyum yang benar bererti.. "

 - Bunga Ezora -


Thursday, December 22, 2016

2016 yang penuh cerita

Hai hai hai Assalammualaikum..

Oh chakkkk... Bunga ni macam chipsmore lah kan.. Hmmm.. Ada ni haaa masih memperbaiki hati yang masih luka. Cewahh ayat kemain. Gitchewwww... OK lah kan, Bunga pun slowly recover.. Masih dalam proses pemulihan lagi. Penerimaan abah meninggal tu betul-betul beri kesan yang mendalam terhadap  kehidupan Bunga. Wuwuuuu.. Ku kutip keping-keping hati yang berterabur satu-persatu.. Akan ku cantumkan agar bisa menjadi satu bentuk yang sempurna kembali. Wuwuuuu lagi sekali.. Entah la Bunga ni nampak aje macam tak kisah tapi tu la dalam diam sikap memendam ni makan diri rupanya. Tak pandai la nak meluahkan perasaan ni. Kemon la Bunga semangat semangat.. Sakitnya rasa hati ni.. Mulut kata redha tapi hati masih tak dapat terima. Bisa sungguh..

Jadi sini Bunga nak bagitau, benarlah kata orang.. Orang yang banyak ketawa, dialah orang yang paling banyak bersedih dan berduka sebenarnya. Bunga selalu cuba untuk buat orang ketawa bila orang tengah bersedih.. Cuba sedaya upaya memberi pandangan dan kata-kata semangat, walaupun hakikatnya hati Bunga sendiri tengah berkecamuk.. Adakah ini di panggil kelemahan? Bila kita terlalu menjaga hati orang lain lebih dari hati kita sendiri.. Itulah Bunga.. Hoii apa sedih-sedih nih.. 2017 hampir menjelma la awek.. Takpe la kan maybe dengan meluah disini kurang sikit rasa bebanan di hati ni. Setiap manusia akan melalui fasa yang sama.. Fasa yang sangat pahit untuk di telan, fasa kehilangan yang tidak akan kembali. Trust me, sakit dia memang tak terungkap dengan kata-kata.
Jangan la kita sia-sia kan masa yang ada ni dengan mengabaikan ibu bapa.. Setiap saat sangat bermakna. Kalau dapat diputarkan kembali masa, adik nak peluk abah sepanjang masa...

Jangan menangis hati, hari kan berlalu pergi, air mata akan berhenti.. Aku tahu kau banyak sakit, sebab tu aku selalu ingatkan kau,  semakin banyak ujian Allah terhadap seseorang hamba-Nya, bermakna makin kasihlah Dia terhadap hamba-Nya itu..

Abah, adik rindu..........


Monday, September 26, 2016

Hi! i'm back :)

Assalammualaikum gais..

Hmmm lamanya bunga tinggalkan blog bunga ni. Ni bukan kata berhabuk tapi bersarang bagai. Entah2 telur dinosour pun nak menetas dah kot. Kihkih.. By the way kali ni bukan nak share tentang masakan, tapi lebih kepada nak share perasaan. Lama sudah memendam rasa mungkin sudah tiba masanya untukku luahkan. Tak gitchew chuols

Ok gimana harus ku bermula.. Macam ni lah.. Dalam beberapa bulan ni terlalu banyak sangat benda yang terjadi dalam hidup bunga, perkara yang terbesar adalah bunga telah kehilangan seorang ayah yang bunga kira paling rapat sekali dengan bunga. Semuanya terjadi apabila pembedahan bypass abah tidak berjaya.. Teringat lagi, sebelum masuk OT abah flying kiss pada kami semua satu keluarga yang ada.. dan itulah kali terakhir abah sedar, dan kali terakhir kami lihat senyuman abah.

Sejak dari pemergian abah, bunga seolah hilang punca hidup. Walaupun ramai orang pelik kenapa bunga macam ok saje.. Takde nangis2.. Diam sahaja. Tapi perlu orang tahu, yang banyak memendam rasa itulah yang paling teruk menahan sakit. Memang dari dulu bunga dah terbiasa hidup bersendiri, so setiap apa2 kesedihan ke, penderitaan ke memang tanggung sendiri and tak suka tunjuk pada orang. Sampaikan mak bunga dan arwah abah risau sebab apa2 sakit pun taknak bagitau.. Bukan apa, kita taknak susahkan hati mereka. So berbalik kepada cerita abah, ya bunga memang paling rapat dan manja dengan dia since bunga anak last dalam family. Dari kecil sampai la besar badak macam sekarang ni pun masih tidur dengan parents bunga bila balik kg. Bahagia rasa bila dapat tidur kiri kanan bunga mak ayah yang sangat bunga sayang. Biarlaa orang nak cakap ehh dah tua kertu pun tidur dengan mak bapak lagi. Errr biarlaaa.. Jeles lettew! Grr.. Bukan nak cakap apa, bagi sesiapa yang masih ada mak bapak luangkan lah sebanyak masa yang boleh untuk mereka. Andai satu masa mereka dah tak ada lagi, maka hilanglah satu kebahagiaan yang kita takkan dapat di mana-mana lagi. Trust me, susah nak gambarkan perasaan tu dengan kata-kata. Hanya yang sudah melalui saje yang akan faham.

Lagi satu gais, sebenarnya tulisan kali ni untuk menaikkan semangat aje bukan apa.. Umpama baru nak mulakan hidup baru dengan semangat yang baru. Rasa macam separuh jiwa nih mati selama ni. Buat apa macam takde hati dah.. Berlawan dengan emosi sendiri ni agak susah sebenarnya. Tapi tak mengapa lah kan, it's a part of life. Nak tak nak kita sebagai manusia kena terima ketetapan Ilahi. Ok lepas ni naikkan kembali semangat yang hilang dengan berblogging dan masak kembali! AYUHHHHH..

WHATEVER IT IS, KEEP YOUR CHIN UP!!

AL-FATIHAH BUAT SEMUA YANG TELAH PERGI MENINGGALKAN KITA.

ABAH, ADIK RINDU.

GAMBAR TERAKHIR BERSAMA.. SEHARI SEBELUM ABAH MASUK OT DI IJN

Monday, January 18, 2016

Spaghetti Aglio Olio yang super nyums!

Assalammualaikum. Hai hai hai awak .

Bersua kembali semua! Sebenarnya dari weekend yang lepas kepala ni asyik teringat nak update sesuatu dekat blog kesayangan ni. Tapi bermacam-macam idea lah pulak meneroka ke pelusuk minda ni. Nak tulis pasal tu, pasal ni. Eh eh Cik Bunga ni. Idea mencurah-curah ke ladang gandum lah sangat kenn.

Ok la as a start Bunga nak share resepi yang palingggg ramai mintak ajar. Alah tapi takde la resepi letop mana. Tapi cukup membuatkan anda dan anda ghase ehh baik buat sendiri je lepas ni. Ececeh.. Ok resepi nya adalahh.. SPAGHETTI AGLIO OLIO.

#inilah saya.. lapar tak tengok saya?


Nin diaa. Tempting ke tidokk. Dah la super nyam nyam pastu sesuai untuk diet. So sesiapa yang rasa cam ehh dah gemuk i need to diet. OK, try lah resepi aglio olio dari Bunga ni keh.

Sebelum tu la kan cakap pasal aglio olio ni macam-macam version sebenarnya. Macam-macam style Bunga dah try tapiii.. Yang Bunga nak kongsi ni adalah ciptaan campuran resepi-resepi yang Bunga penah try. Bunga suka try an error dalam masakan. Kalau rasa tak cukup kita improvise la. Tak giteww! OK mari kita mulakan. Tapi untuk bahan-bahan ni boleh agak-agak sendiri ek kuantiti dia. Bunga selalu masak untuk bebujangas je alahai ciputnya. Theheee. Cikidaut!

Bahan-bahan:

Udang & Sotong

Pepper
Spaghetti
Minyak zaitun
Garam
Bawang putih
Capsicum a.k.a lada benggala (Tak kisah warna apa tapi kalau yang hijau lebih cruncy :D)
Cherry tomato
Daun ketumbar (dihiris nipis)
Mixed herbs

Rebus spaghetti sehingga masak bersama minyak zaitun dan garam sedikit.
*Tips* PENTING! Supaya nanti masa masak spaghetti kita tak perlu letak banyak sangat garam dan spaghetti tak melekat ye kawan-kawan.

Gaul udang dan sotong bersama pepper dan garam. Dalam masa yang sama blender bawang putih bersama air sikit. Panaskan minyak zaitun, goreng sekejap udang dan sotong tadi. Dah agak masak, angkat dan ketepikan.

Dalam kuali yang sama, tumis bawang putih yang dah di blender tadi sehingga wangi dan kering airnya. (Nanti kalau tak basah dan berkuah pulak spaghetti anda!) Tujuan nya bawang putih ni di blender then tumis supaya memberikan aroma dan menaikkan rasa aglio olio anda. Minyak dari garlic tu yg kita nak sebenarnya. Pheww terangkat! :D Tapi kann, kalau bawang putih tu taknak blend pun okay, just cincang then terus masuk kuali.. Pun boleh :D

Lepas tu boleh masukkan capsicum, cherry tomato dan mixed herbs. Masak sekejap sahaja untuk naikkan aroma mixed herbs.. Terus masukkan spaghetti tadi. Perasakan dengan garam secukupnya. Dah dekat-dekat nak masak masukkan daun ketumbar dan gaul rata. Boleh tuang udang dan sotong tadi ke dalam spagetti atau hanya susun di atas spaghetti anda supaya presentation lebih cantik. Ok dah...Siapppp !

Nota : Setengah orang suka pedas, yelah tekak melayu kenn.. So siapa yang suka pedas tu boleh la taburkan chilli flakes sesedap rasa. Atauu.. Kalau betul-betul tekak melayuuu sesangat bole la tambah cili api. Eh apa ada hal. Kita buat dia :D



Thursday, January 14, 2016

Salam perkenalan gais!

Assalammualaikum! :)

Ermm. Macam mana nak mula ek! Hehe.. Sebenarnya Bunga dah lamaaaa teringin nak buat blog neh. Tapi entah kenapa la kan, macam malas ajenya nak belajar cara nak buat blog ni. Yelah tak tauu.. Rasa macamm.. Eii susahnyaaa nak buat. Macam mana lah orang buat blog ni. Pendek kata macam susah sesangat ler.. Haha.. Then haritu dok borak dengan member ofis, dia suruh bukak blog dia tengok.. Then kita pun terus tanya la macam mana nak buat blog. Oooo rupanya takde la susah pun. Ye ye je ingat kena renangi lautan api bagai. Ops over tau!

Ok lah. First nak kenal kan diri dulu lah kan.. Orang panggil me Bunga. Nampak kat luar say hai okey. Ele macam sesi berkenalan sangat. Macam la ada orang nak kenal pong. Aisehman. OK continue. Umur biarlah ghasier kan. Sensetif okeh.. Ngeh ngeh. 


Inilah saya. Hai hai *lelambai* 

Kenapa nama blog bungasukamasak
Siapa boleh jawab dia memang cerdik ya ampunn.. Ok tak kelakar.. Lagi apa ye. Hmm hmmm..Cukup lah basic je kan takde yg istimewa sangat pun. Teheee. Orang nak ada blog kita pun nak. Tapi tulah Bunga takde benda spesial lagi teristimewa boleh share dalam blog melainkan keminatan yang sangat menebal dalam dunia masakan. Tapi sayang, masa muda dulu ( sekarang pun muda jangan salah faham :P ) tak tau pulak minat masak.. Kalau tak mesti dah study culinary T_T. So oleh itu kita belajar sendiri-sendiri jelah kan.. So sudah terang lagi bersuluh blog ni akan jadi blog masakan Cik Bunga. Harap ada la ilmu yang kita boleh kongsi bersama. Betul tak.. Tapi eh eh sabar jap nak g mana tuuu *tarik baju*. Dalam masa yang sama Bunga akan jadikan blog ni untuk berceloteh menulis menaip apa saje lah yang terlintas di kepala. Gitchew. Ok apapun. Tungguuu. Babai for now  :D

Psttt..Dah makan ke belum tu? Apa belum? Nah.. Cik Bunga belanja sikit tanda sayang. Ihiks.