Bersua kembali semua! Sebenarnya dari weekend yang lepas kepala ni asyik teringat nak update sesuatu dekat blog kesayangan ni. Tapi bermacam-macam idea lah pulak meneroka ke pelusuk minda ni. Nak tulis pasal tu, pasal ni. Eh eh Cik Bunga ni. Idea mencurah-curah ke ladang gandum lah sangat kenn.
Ok la as a start Bunga nak share resepi yang palingggg ramai mintak ajar. Alah tapi takde la resepi letop mana. Tapi cukup membuatkan anda dan anda ghase ehh baik buat sendiri je lepas ni. Ececeh.. Ok resepi nya adalahh.. SPAGHETTI AGLIO OLIO.
![]() |
#inilah saya.. lapar tak tengok saya? |
Nin diaa. Tempting ke tidokk. Dah la super nyam nyam pastu sesuai untuk diet. So sesiapa yang rasa cam ehh dah gemuk i need to diet. OK, try lah resepi aglio olio dari Bunga ni keh.
Sebelum tu la kan cakap pasal aglio olio ni macam-macam version sebenarnya. Macam-macam style Bunga dah try tapiii.. Yang Bunga nak kongsi ni adalah ciptaan campuran resepi-resepi yang Bunga penah try. Bunga suka try an error dalam masakan. Kalau rasa tak cukup kita improvise la. Tak giteww! OK mari kita mulakan. Tapi untuk bahan-bahan ni boleh agak-agak sendiri ek kuantiti dia. Bunga selalu masak untuk bebujangas je alahai ciputnya. Theheee. Cikidaut!
Bahan-bahan:
Udang & Sotong
Pepper
Spaghetti
Minyak zaitun
Garam
Bawang putih
Capsicum a.k.a lada benggala (Tak kisah warna apa tapi kalau yang hijau lebih cruncy :D)
Cherry tomato
Daun ketumbar (dihiris nipis)
Mixed herbs
Rebus spaghetti sehingga masak bersama minyak zaitun dan garam sedikit.
*Tips* PENTING! Supaya nanti masa masak spaghetti kita tak perlu letak banyak sangat garam dan spaghetti tak melekat ye kawan-kawan.
Gaul udang dan sotong bersama pepper dan garam. Dalam masa yang sama blender bawang putih bersama air sikit. Panaskan minyak zaitun, goreng sekejap udang dan sotong tadi. Dah agak masak, angkat dan ketepikan.
Dalam kuali yang sama, tumis bawang putih yang dah di blender tadi sehingga wangi dan kering airnya. (Nanti kalau tak basah dan berkuah pulak spaghetti anda!) Tujuan nya bawang putih ni di blender then tumis supaya memberikan aroma dan menaikkan rasa aglio olio anda. Minyak dari garlic tu yg kita nak sebenarnya. Pheww terangkat! :D Tapi kann, kalau bawang putih tu taknak blend pun okay, just cincang then terus masuk kuali.. Pun boleh :D
Lepas tu boleh masukkan capsicum, cherry tomato dan mixed herbs. Masak sekejap sahaja untuk naikkan aroma mixed herbs.. Terus masukkan spaghetti tadi. Perasakan dengan garam secukupnya. Dah dekat-dekat nak masak masukkan daun ketumbar dan gaul rata. Boleh tuang udang dan sotong tadi ke dalam spagetti atau hanya susun di atas spaghetti anda supaya presentation lebih cantik. Ok dah...Siapppp !
Nota : Setengah orang suka pedas, yelah tekak melayu kenn.. So siapa yang suka pedas tu boleh la taburkan chilli flakes sesedap rasa. Atauu.. Kalau betul-betul tekak melayuuu sesangat bole la tambah cili api. Eh apa ada hal. Kita buat dia :D
*clap clap clap*
ReplyDeletebalik ni nak try!
Alhamdulillah. Nanti send sini sikit dah siap ye :p
DeleteMasya-ALLAH...masakan yg senang inilah makanan kegemaran saya. Mcm mana awak(Bunga) boleh tahu? Spaghetti adalah makanan kegemaran org itali selain pizza. Saya boleh hidup tanpa nasi hanya dgn makan Spaghetti, memang gemar sgt makan Spaghetti tak kira oglio atau digoreng, sampai org ckp saya ada darah Italian...hehe��✌️. Nway syabas & tq tunjuk ajar resepi spaghetti pd ptg ni.������
ReplyDeleteSama-sama awak :) nanti cubalah ya. hehe
Delete